|
Button untuk AJK Karnival Bahasa Inggeris! |
Setelah lebih sebulan merancang, akhirnya terlaksanalah program Karnival Bahasa Inggeris 2011 yang julung-julung kalinya diadakan. Program yang dijalankan pada tarikh 13hb Julai 2011 ini juga, buat pertama kalinya menyaksikan ianya sepenuhnya dikelolakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas terutamanya Tingkatan 6 Atas SKP.
|
Movie and Quiz |
Para pelajar tersebut telah diberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan dan jangka masanya sekali. Pelajar yang telah dibahagikan mengikut aktiviti-aktiviti tersebut telah diberi ruang untuk menggunakan kreativiti mereka untuk mencipta iklan yang sesuai untuk memaklumkan program ini ke seluruh warga sekolah.
|
Spell-It-Well |
Mereka juga telah diberi tanggung-jawab untuk memikirkan cara bagaimana dan di lokasi mana aktiviti-aktiviti tersebut boleh dijalankan. Segala perkara yang perlu telah diuruskan dengan baik dan dengan semangat kerja berkumpulan termasuklah dari aspek mendapatkan peralatan pembesar suara, projektor, bilik khas, membeli barang-barang yang diperlukan hingga lah kepada memilih dan membungkus hadiah untuk para pemenang.
|
Riddles |
Program ini pada dasarnya dijalankan pada hari Rabu sebagai aktiviti kokurikulum dan terbuka kepada seluruh warga pelajar SMKTAR. Enam aktiviti telah dijalankan dalam program Karnival Bahasa Inggeris ini iaitu 'Movie and Quiz', 'Spell-It-Well', 'Riddles', 'Crossword Puzzle', 'ELS Race' dan 'Treasure Hunt'.
|
Crossword Puzzle |
Syabas diucapkan kepada pelajar tingkatan enam, khususnya pelajar Tingkatan 6 Atas SKP di atas usaha serta penat-lelah mereka dalam menjayakan program yang belum pernah diadakan di sekolah ini. Di harap program ini telah dapat membuka mata warga sekolah tentang potensi yang dimilikki oleh sebahagian besar pelajar tingkatan enam SMKTAR.