Rabu, 27 April 2011

Seminggu Selepas Tiada Ko-Kurikulum

Pn. Hjh. Mariya menunggu ahli Pengakap

Setelah aktiviti ko-kurikulum dibatalkan atas arahan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 pada minggu lepas, aktiviti-aktiviti berkaitan diteruskan lagi pada minggu ini.  Aktiviti seperti biasa, dimulakan dengan aktiviti Unit Beruniform.  Mungkin kerana faktor cuaca atau setelah direhatkan pada minggu lepas, para pelajar agak lewat untuk menyertai aktiviti yang sepatutnya bermula pada pukul 2.30 petang.  Namun, walaupun waktu telah menunjukkan pukul 3.00 petang, ini lah bilangan ahli Pengakap yang ada pada ketika itu, sambil dinantikan oleh guru penasihat, Pn. Hjh Mariya bt Ismaon.

Pn. Zaini mengendalikan aktiviti Senamrobik

Memandangkan bilangan kehadiran yang kecil disebabkan ketidak-hadiran beberapa orang pelajar dan juga pada masa yang sama Pn Zubaidah bt Mohd Said menjalankan Pertandingan Catur Terbuka Pusingan kedua, maka Pn. Zaini bt Yusop mencadangkan agar, untuk aktiviti Sukan dan Permainan digabungkan semua pelajar untuk menjalankan aktiviti senamrobik.


Pelajar lelaki pun turut serta!

Walau pun pada mulanya para pelajar agak malu melakukan aktiviti senamrobik, namun setelah ada beberapa orang pelajar yang mulakan, maka pelajar lain dengan spontan turut serta.  Tahniah kepada Pn. Zaini kerana berjaya mengadakan aktiviti senamrobik.  Lain kali boleh adakan lagi, dan kita libatkan sekali guru-guru Tingkatan 6.

2 ulasan:

  1. sayangnya sy tiada ketika senaman itu berlangsung krna sy demam ! :)

    BalasPadam
  2. kalau awak ada masa tu tentu terus sihat sebab berpeluh buat senamrobik! Nanti kita buat program senamrobik yg cikgu2 tingkatan 6 ikut serta! Tentu gempak!

    BalasPadam