Khamis, 24 Februari 2011

Pertandingan Pengucapan Awam Perdana 2011

Salah seorang peserta yang bertanding 

Para Hakim yang bijaksana 

Salah seorang daripada pemenang pertandingan
menerima hadiah dari GPK Hal Ehwal Murid

Dalam usaha bagi membolehkan pelajar Tingkatan 6 memperoleh markah penyertaan kokurikulum yang memberangsangkan satu pertandingan Pengucapan Awam Perdana 2011 telah diadakan seperti berikut :
  • Tarikh : 16hb Februari 2011
  • Masa : 2.30 hingga 5.00 petang
  • Tempat : Bilik Tayangan SMKTAR

Sabtu, 19 Februari 2011

Lawatan ke Parlimen

Salah satu aktiviti yang sudah menjadi kemestian bagi pelajar Tingkatan 6 di SMKTAR ialah lawatan sambil belajar ke Parlimen.  Lawatan kali ini telah disertai oleh hampir semua guru yang mengajar Tingkatan 6.  Dalam lawatan tersebut, para pelajar dan guru telah berpeluang untuk melihat Dewan Rakyat bersidang.  Kami juga telah dijamu makan tengahari di dalam bangunan Parlimen itu sendiri dengan hidangan yang sangat istimewa.

Jumaat, 18 Februari 2011

Unit Kelab dan Persatuan Baru!

Tiga Persatuan R&D yang ditubuhkan pada awal tahun telah dikurangkan menjadi satu sahaja.  Tempat dua persatuan tersebut digantikan dengan Persatuan Bahasa dan Persatuan Pengajian Am.  Kedua-dua persatuan ini dirasakan lebih sesuai ditubuhkan kerana lebih dekat dengan subjek yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 di sini.  Malah tiga Persatuan R&D dirasakan terlalu banyak kerana subjek ini sendiri sudah dimasukkan ke dalam jadual waktu pelajar.

Khamis, 17 Februari 2011

Penubuhan Unit-unit Kokurikulum


Pada awal tahun 2010, unit-unit kurikulum Tingkatan 6 SMKTAR yang ditubuhkan adalah seperti berikut :
  • Unit Beruniform - Pengakap dan Kadet Polis
  • Unit Sukan & Permainan - Badminton, Catur, Bola Jaring dan Futsal
  • Unit Kelab & Persatuan - R&D (Dinamika, Estetika dan Akustika)
Penubuhan unit-unit di atas, khususnya untuk Unit Kelab dan Persatuan adalah berasaskan makluman yang dipanjangkan kepada Unit Kokurikulum Tingkatan 6 oleh Guru Penolong Kanan Tingkatan 6.

Rabu, 16 Februari 2011

Pelajar Baru 2010


Pelajar Baru Tingkatan 6 Rendah 2010 telah mendaftarkan diri mulai bulan Julai.  Kumpulan pelajar ini merupakan pelajar yang akan menerajui jawatankuasa unit-unit ko-kurikulum yang lebih mantap kerana mereka adalah kumpulan pertama yang tidak melalui proses peralihan sejak pengurusan otonomi Tingkatan 6 mula beroperasi pada penghujung 2009.

Selasa, 15 Februari 2011

Selamat Datang ke Tingkatan 6 SMKTAR


Terdapat 6 kelas Tingkatan 6 di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, yang terdiri daripada tiga Tingkatan 6 Atas dan tiga Tingkatan 6 Bawah.  Kesemua kelas-kelas ini ditempatkan di bangunan pentadbiran SMKTAR.  Di sini jugalah bilik jentera ko-kurikulum Tingkatan 6 ditempatkan, di Bilik Guru As-Syafie, iaitu bilik guru tingkatan 6.