Memaparkan catatan dengan label School Programme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label School Programme. Papar semua catatan

Selasa, 15 Julai 2014

Jemputan ke Majlis Iftaar

Star Q


It's been six months since I left my previous working place and I really did not expect any kind of ties with any of the administrations over there any more.  However, I was pleasantly surprised when my daughter came back from school one day and handed me the invitation; Majlis Iftaar SMKTAR.

Khamis, 23 Januari 2014

Latihan Kebakaran Kali Pertama 2014

Star Q

Satu latihan kebakaran telah diadakan pagi tadi (16hb Januari 2014) pada jam 9.40 pagi.  Semua pelajar dan guru telah bergerak dalam keadaan teratur menuju ke padang sekolah seperti kebiasaan bilamana latihan kebakaran diadakan sebelum ini.

Selasa, 7 Januari 2014

Mesyuarat Agung Kokurikulum 2014

Star Q


Dari jam 7.40 pagi hingga 9.00 pagi 8hb Januari 2014, telah diadakan dua mesyuarat agung kokurikulum SMKTAR iaitu yang pertamanya untuk Unit Berniform diikuti pula dengan mesyuarat agung untuk kelab dan persatuan.  Pada sebelah petang bermula jam 3.40 petang akan diadakan mesyuarat agung untuk IM1S diikuti pula dengan mesyuarat agung untuk sukan dan permainan.

Sabtu, 4 Januari 2014

Gotong-Royong Perdana & Hari Sarana Ibu-Bapa

Star Q

Sesi persekolahan 2014 baru sahaja dua hari bermula.  Namun sebagai sebuah sekolah yang sangat aktif dengan berbagai aktiviti, sebuah sesi gotong-royong perdana telah diadakan pada hari Sabtu 4hb Januari 2014.  Program ini turut dijalankan serentak dengan Program Hari Sarana Ibu-Bapa.

Rabu, 23 Oktober 2013

Sambutan Qurban Perdana

Star Q
iii.  Profiteroles


Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini warga SMK Tuanku Abdul Rahman telah mengadakan ibadah qurban.  Cuma bezanya, tahun ini majlis tersebut dinamakan Sambutan Korban Perdana yang telah digabungkan sekali dengan Pelancaran Sarana Ibu-Bapa SMKTAR.

Isnin, 21 Oktober 2013

Seminar Pembelajaran

Star Q
iii.  Egg Tarts


Baru-baru ini, para pelajar Pra-Universiti Semester 3 telah berpeluang menyertai Seminar Pembelajaran yang telah diadakan di King's Hotel, Melaka.  Seminar itu yang telah diadakan selama dua hari satu malam dari 10hb Oktober 2013 hingga 11hb Oktober 2013, telah disertai oleh hampir kesemua pelajar sesi tersebut.

Khamis, 22 Ogos 2013

Penutup Karnival Sukan Pra-U 2013

Star Q


Hari kedua Karnival Sukan Pra-U 2013 peringkat Negeri Sembilan yang juga merupakan hari penutup, telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada pihak pasukan dari SMK Tuanku Abdul Rahman.  Pasukan kami telah menjadi Johan Negeri dalam dua acara iaitu Bola Jaring dan Bola Tampar Perempuan.  Manakala Bola Tampar Lelaki telah mendapat tempat ketiga.

Selasa, 20 Ogos 2013

Karnival Sukan Pra-U 2013

Star Q



Hari ini bermulalah Karnival Sukan Pra-U Negeri Sembilan 2013.  Karnival yang akan diadakan hari ini (20/8/13) dan esok (21/8/13) diadakan di dua venue iaitu di Centre Court Setemban bagi acara-acara Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki dan Bola Tampar Perempuan.  Manakala acara Futsal pula dijalankan di Kompeks Belia Seremban.

Isnin, 8 Julai 2013

Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Tampin

Star Q


Satu progam bertajuk Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Tampin telah diadakan di Dewan Al-Ghazali SMK Tuanku Abdul Rahman, pada 8hb Julai 2013 dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Ahad, 7 Julai 2013

Marhaban ya Ramadhan

Star Q
iii.  Sore Winners



Bulan Ramadhan menjelang lagi dan suasana hening yang biasa kita kaitkan dengan bulan yang mulia ini telah mula dapat dirasakan.  Maka, bersempena dengan itu, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMKTAR telah mengadakan ceramah Marhaban Ramadhan.

Rabu, 3 Julai 2013

Kejohanan Olahraga Kali ke 61

Star Q


Kemuncak segala acara sukan di sekolah ini telah pun tiba bila SMK Tuanku Abdul Rahman mengadakan Kejohanan Olahraga nya untuk kali ke 61 pada jam 2.30 petang, 3hb Julai 2013.

Acara Akhir Sebelum Sukan

Star Q

Setelah sekian lama sekolah tidak mengadakan sukantara atau acara-acara akhir sebelum sukan sebelah pagi, pada 1hb Julai 2013 pihak pentadbir telah bersetuju untuk mengadakannya dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.  Acara-acara ini telah didahului dengan perhimpunan mingguan rasmi dan majlis perasmian Minggu Koperasi di Dewan Al-Ghazali SMKTAR.

Jumaat, 21 Jun 2013

Sukantara

Star Q


Bila tiba sahaja bulan  tahuh setiap tahun, seluruh warga SMKTAR akan mula sibuk dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan.  Menjelang kejohanan olahraga sekolah yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi, seperti biasa, sukantara dan acara-acara sebelum kejohanan dijalankan.

Ahad, 16 Jun 2013

Teknik Menjawab BI SPM 1119

Star Q
ii.  The Relief


Entri ini agak terlambat dimuatnaikkan kerana banyak perkara yang berlaku dan banyak pula urusan yang perlu diselesaikan.  Namun Bengkel Teknik Menjawab SPM ini dapat juga dimuatnaikkan hari ini kerana ada sedikit waktu yang terluang.

Sabtu, 20 April 2013

Program Pemantapan Halatuju Pra-U

Star Q


Pada 17hb April 2013 telah diadakan Program Pemantapan Halatuju khusus untuk para pelajar Pra-Universiti SMK Tuanku Abdul Rahman.  Program yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Kaunseling SMKTAR telah diadakan dari jam 12.40 tengahari hingga 2.40 petang.

Sabtu, 23 Mac 2013

English Camp for KRK Students

Star Q


The English Panel of SMKTAR conducted an English Camp today (23rd March 2013)  The programme was targeted at the KRK (Kelas Rancangan Khas) students from forms 1 and 2.  The camp started at 8.00 a.m. and ended at about 12.30 p.m.

Sabtu, 2 Februari 2013

Sambutan Maulidur Rasul

Star Q


Pada hari Jumaat 1hb Januari 2013, warga Islam SMK Tuanku Abdul Rahman telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul.  Acara ini adalah kesinambungan dari pertandingan melukis banner sempena Maulidur Rasul yang diadakan pada hari sebelumnya.  Banner tersebut telah dijadikan sepanduk semasa perarakan yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi.

Rabu, 3 Oktober 2012

Ceramah Teknik Menjawab

Star Q


Satu sesi ceramah teknik menjawab telah diadakan hari ini, 3hb Oktober 2012, bermula jam 8.00 pagi.  Ceramah yang dikhususkan untuk para pelajar Pra-U Rendah, sepatutnya merangkumi tiga subjek iaitu Geografi, Pengajian Am dan MUET.  Namun penceramah jemputan telah tidak dapat hadir pada saat-saat akhir menyebabkan sesi yang sepatutnya dijalankan se hari penuh, hanya dapat dijalankan sehingga jam 12.00 tengahari.

Jumaat, 21 September 2012

Kursus Membina Laman Blog

Star Q


Menjadi seorang blogger bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan seseorang itu terus tekal mengemaskini blognya dan sentiasa berwaspada tentang apa yang ditulisnya.  Tidak semua perkara yang berlaku disekeliling kita sesuai dijadikan bahan penulisan dalam blog.  Kalau pun blogger terdorong untuk menulis, haruslah perihatin tentang cara menulisnya agar tidak menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.

Rabu, 12 September 2012

Pertandingan Pengucapan Awam Pra-U

Star Q

Ketua hakim memberi taklimat kepada para peserta

Sebagai aktiviti kokurikulum untuk tarikh 12hb September 2012, Persatuan Bahasa telah mengadakan Pertandingan Pengucapan Awam Terbuka untuk semua pelajar Pra-U bawah.  Setiap persatuan (Bahasa, Pengajian Am dan Sains Sosial) dimestikan menghantar lima orang wakil sebagai peserta pertandinga.

Barisan hakim

Pertandingan yang dimulakan pada jam 3.00 petang telah menyaksikan lima belas peserta bertarung untuk mendapat tiga hadiah utama berkumpulan.  Sebanyak enam belas tajuk telah disediakan untuk peserta pilih dan berucap secara spontan.

Hadiah-hadiah untuk para pemenang akan diberikan pada perhimpunan rasmi Pra-U yang akan datang.