Se Kilas Pandang
Dalam masa tiga bulan pertama tahun ini, SMK Tuanku Abdul Rahman telah menyaksikan tiga majlis persaraan guru. Berbagai acara telah dilaksanakan bagi menjayakan ketiga-tiga majlis tersebut yang telah melibatkan warga sekolah dari berbagai peringkat. Memang tidak dapat dinafikan, sekiranya tidak wujud kerjasama yang akrab semua pihak, khususnya para guru dan pelajar, sudah pasti segala yang dirancang tidak dapat berjalan dengan jaya.
Memang penulis menyanjung tinggi komitmen para pelajar yang terlibat dalam menjayakan majlis-majlis tersebut; namun begitu, bagi segelintir pelajar tersebut, minat dalam acara-acara sebegini haruslah se imbang dengan minat dalam pembelajaran.