Jumaat, 24 Februari 2012

Pentingnya Ketepatan Masa


Se Kilas Pandang

Raptai majlis perpisahan Tuan Pengetua SMKTAR terganggu serba-sedikit siang tadi gara-gara beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan (mungkin?)  Raptai yang sepatutnya bermula pada jam 11.00 pagi tadi telah bermula agak lewat hinggakan melepasi masa 12.20 tengahari, iaitu masa tamat persekolahan.  Mungkin kalau hari lain, iaitu hari-hari Isnin hingga Khamis, tidaklah begitu menggusarkan sangat.  Tetapi hari Jumaat adalah hari untuk kaum lelaki pergi menunaikan solat Jumaat di masjid.

Alangkah beruntungnya kaum lelaki di negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat.  Mereka dapat rihat secukupnya sebelum ke masjid; dapat mandi sunat Jumaat dan dapat bersiap sebaik-baiknya dengan pakaian yang bersih dan cantik serta memakai wangi-wangian.  Berbeza dengan kami di negeri yang bekerja pada hari Jumaat; yang terpaksa bekerja (ada kalanya bermandi peluh), tidak sempat mandi, tidak sempat mengenakan pakaian yang bersih dan cantik (terus ke masjid dengan pakaian kerja!) dan tidak dapat memakai wangian-wangian (kalau pakai pun, bau peluh lebih kuat!)

Waktu balik 12.20 itu pun sudah agak lewat untuk kaum lelaki bersiap untuk ke masjid, kerana secara peribadi saya sendiri suka kalau dapat ke masjid setengah jam se belum azan bergema; dapat jugak membaca surah Yaasin atau ayat-ayat Al-Quran yang lain sementara menunggu masuk waktu.  Tetapi apa yang terjadi sekarang ini ialah, sudahlah kaum lelaki pulang ke rumah tergesa-gesa untuk ke masjid, lebih teruk lagi bila khatib berkhutbah ada yang tertidur kerana belum hilang penat bekerja.  Mungkin kalau kerja dalam pejabat berhawa dingin se panjang hari tidaklah memenatkan sangat; lebih-lebih lagi kerja yang langsung tidak berhadapan dengan klien!

Maaf cakaplah ya!  Mungkin sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk menseimbangkan duniawi dan akhirat.  Kembalilah kepada waktu balik yang dulu ia itu 12.00 tengahari.  Sudah cukup cantik masa yang telah diperuntukkan dulu.  Perbezaan dua puluh minit itu sangat bermakna bagi kaum lelaki yang wajib solat Jumaat (yang pergi saja ya!)  Berilah sedikit keperihatinan pada waktu solat khususnya bila waktu Zohor masuk awal!

Benar, yang sunat itu dapat menutup kekurangan pada yang wajib, tapi kalau yang wajib tidak sempurna gara-gara hendakkan yang sunat, sudah tidak betullah!  Yang berkenaan silalah betulkan!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan