Se Kilas Pandang
Hari ini, 27hb Februari 2012, merupakan hari terakhir Pn Hjh Sakdiah bt Salleh bertugas sebagai Pengetua di SMK Tuanku Abdul Rahman. Seperti biasalah kan; banyak acara telah dipersembahkan khususnya oleh para pelajar! Ada persembahan Cak Lempong lah, ada persembahan tarian kebudayaan India (kalau lebih mejurus ke tarian yang lebih asli lebih bagus!) dan ada tarian kebudayaan Cina (tarian diiringi lagu 'Kung Fu Fighting' tu lagu kebudayaan ke?)

Malah ada pelajar India yang menangis-nangis bila satu persembahan tariannya terpaksa dibatalkan kerana CD yang dibekalkan mengalamai masalah. Ingatkan dah selesai bila cikgu bertugas kata akan ada hanya satu persembahan tarian India! Di saat-saat akhir dia beritahu pengacara (saya lah tu! Siapa lah lagi!) akan ada dua persembahan juga! Hai! Pengacara nak menjalankan tugas pun tak senang; asyik kena ganggu saja! Kena ganggu tak apa lah, asalkan tak kena gangguan!
Apa pun di sini penulis cuma ingin menukilkan Nazam Perpisahan (yang dicipta sendiri lagi tau!) buat Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman (yang kini sudah jadi suri rumah sepenuh masa!) yang asalnya telah diminta untuk dipersembahkan di Dewan sekolah, kemudian semasa jamuan perpisahan di Gemas Golf Resort dan kemudian terus tak jadi (itu tandanya orang tak nak lah tu! Haha!) Jadinya, oleh kerana tak dapat dipersembahkan secara 'live', di sini penulis dedikasikan Nazam ini dalam bentuk maya (walaupun penulis tahu ia tak akan dibaca oleh orang yang berkenaan! hehe!)
Nazam Perpisahan
Cepatlah sungguh masa berjalan
Empat tahun dan tujuh bulan
Banyaklah sungguh yang diperkenalkan
Semua untuk jadi teladan
Walaupun terasa sakitnya kaki
Bangunan tinggi tetap didaki
Semua murid beliau jejaki
Agar menjadi insan berbakti
Semua tugas sudah digalas
Dengannya jurjur dan juga ikhlas
Tiap yang baik walau se kilas
Semoga Allah memberi balas
Memanglah benar pepatan terbilang
Harimau pergi meninggalkan belang
Manusia pula nama tak hilang
Setiap masa disebut dikenang
Walau masa berganti beralih
Banyak teladan telah diperoleh
Demikian kisah insan terpilih
Pn Hjh Sakdiah bt Salleh
(Nazam dilagukan mengikut irama yang dialunkan oleh Roslan Madun)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan