Perpisahan memang sesuatu yang menyedihkan, apa lagi setelah guru-guru tingkatan enam SMKTAR menjalinkan silatulrahim dengan para pelajar ambilan 2010/2011; hubungan yang erat sehinggakan boleh diibaratkan antara ibu-bapa dan anak-anak atau ada di antaranya antara adik-adik dan kakak.
Sebagai tanda memperingati hubungan itu maka PERTINAM 2010/2011 telah mengadakan satu jamuan perpisahan pada hari Selasa, 15hb November 2011, seminggu sebelum mereka menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan mereka.
Kepada para guru dan pelajar tingkatan enam, maaflah kerana mengambil masa agak lama untuk memuat-naik acara ini kerana menantikan foto-foto jamuan perpisahan yang tidak kunjung menjelma. Justeru sebelum terlupa, nukilan tentang majlis ini dituliskan jua walau pun sekadar dihias gambar cenderahati majlis tersebut yang dihadiahkan kepada semua yang hadir.
Terima kasih kepada para pelajar tingkatan enam ambilan 2010/2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan