Pada 22hb Jun yang lalu, seperti tahun-tahun sebelumnya, Tingkatan 6 Atas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia, berserta dengan 10 orang guru. Rombongan Tingkatan 6 Atas ini telah tiba di destinasi pada jam 10.30 pagi. Selesai lawatan ke Parlimen rombongan kami telah dijemput oleh Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato' Shaziman ke pejabat beliau berhampiran Bank Negara.
Setibanya rombongan kami di pehabat Yang Berhormat Dato', kami telah disambut oleh Setiausaha Sulit beliau. Satu jamuan makan rasmi telah diadakan untuk kami. Walau pun Yang Berhormat Dato' tidak dapat bersama kami pada jamuan makan tengahari itu, namun kehadiran kami turut disertai oleh Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik beliau.
Para pelajar tingkatan 6 Atas tidak melepaskan peluang menikmati hidangan yang telah disediakan. Lauk-pauk yang disediakan memang enak-enak belaka, termasuklah daging salai masak lemak cili api, kerabu mangga dan sambal tumis udang dengan petai. Memang menyelerakan. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami kepada Yang Berhormat Dato'.
Selepas itu, rombongan kami telah ke Universiti Kebangsaan Malaysia di mana kami telah disambut oleh Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan atau PERMANIS. Kami telah dibawa berjalan melawat sekitar kampus serta melawat melawat Makmal Coklat. Lawatan ini diharap menjadikan para pelajar Tingkatan 6 lebih bersemangat belajar untuk menjejakkan kami ke menara gading, mungkin termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan