Ahad, 22 Mei 2011
Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan 2011
SMK Tuanku Abdul Rahman sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah dan mengelolakan satu acara yang besar ia itu Pesta Muzik Sekolah-sekolah (Rendah dan Menengah) Negeri Sembilan 2011. Satu tugasan yang amat besar selain baru-baru ini telah menjadi tuan rumah untuk beberapa acara peringkat daerah.
Pesta Muzik yang telah dijalankan selama dua hari dari 18hb Mei 2011 hingga 19hb Mei 2011 telah secara tidak langsung berjaya meletakkan SMK Tuanku Abdul Rahman setaraf dengan sekolah-sekolah lain khususnya dalam penganjuran aktiviti berskala besar seperti ini.
Adalah mustahil untuk sesebuah sekolah mengendalikan acara sebesar ini tanpa penglibatan semua pihak yang berada di sekolah samada dari kalangan guru atau staf sokongan, dan tidak ketinggalan dari kalangan pelajar Tingkatan 6 juga.
Saya, secara peribadi, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar Tingkatan 6 yang telah sama-sama bertungkus-lumus untuk menjayakan program yang sebegini besar. Jasa anda tetap akan dikenang. Insya Allah sijil akan menyusul.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan