Pelajar 6SKP (Atas) sedang tekun menjawab |
Pada 10hb Mei 2011, para pelajar Tingkatan 6 Atas mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Hari pertama peperiksaan dimulakan dengan kertas Pengajian Am kertas 1. Sepatutnya, peperiksaan ini telah pun dimulakan pada hari sebelumnya iaitu, 9hb Mei 2011. Namun, ianya terpaksa ditunda sehari kerana pada hari tersebut pelajar Tingkatan 6 Rendah mula mendaftarkan diri di sekolah ini untuk pertama kali.
Peperiksaan pertengahan tahun yang sedang diduduki oleh pelajar Tingkatan 6 Atas ini, dan akan berakhir pada hari Jumaat ini, seharusnya dapat dijadikan kayu pengukur oleh para pelajar untuk meletakkan sasaran dalam peperiksaan percubaan STPM mereka yang kemungkinan besar akan diadakan pada bulan September nanti, sekali gus membolehkan mereka melipatgandakan usaha untuk mendapat keputusan STPM yang terbaik.
Apa pun, para guru tidak lupa mendoakan agar semua pelajar tingkatan 6 atas ini berjaya. Jadi berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan