Selasa, 30 April 2013

Jom Shopping Guna Voucher Buku!

Star Q


Minggu lepas pada 27hb April 2013, Kelab Pusat Sumber Sekolah telah membuat rombongan ke Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa.  Penulis telah berpeluang mengikuti rombongan tersebut setelah dipelawa oleh salah seorang guru PSS seperti mana lazimnya setiap tahun.

Isnin, 29 April 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Star Q


Perubahan sistem pendidikan telah menyaksikan banyak tanggungjawab menguji dan menilai pelajar digalas oleh pihak sekolah, terutamanya oleh guru-guru.  Walau apa pun maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik perubahan ini, warga Pra-Universiti juga turut terlibat dengan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Sabtu, 20 April 2013

Program Pemantapan Halatuju Pra-U

Star Q


Pada 17hb April 2013 telah diadakan Program Pemantapan Halatuju khusus untuk para pelajar Pra-Universiti SMK Tuanku Abdul Rahman.  Program yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Kaunseling SMKTAR telah diadakan dari jam 12.40 tengahari hingga 2.40 petang.

Penyerahan Voucher Buku Pra-U 2013

Star Q


Atas satu sebab yang tidak dapat dielakkan, Majlis Penyerahan Voucher Buku Pra-U 2013 yang sepatutnya di adakan pada 19hb Mac 2013 telah ditunda kepada 22hb Mac 2013.  Majlis asal tersebut sepatutnya dihadiri juga oleh pelajar Pra-U dari SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh dah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Zainab, ADUN Kawasan Gemas.